Monday 5 December 2011

WaHaI PuTeRikU ..~

Puteriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh kerana itu dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

Puteriku..
Dengarlah bicara dari hatiku..

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pntu, seolah kau katakan kepada si pencuri: silakan masuk, silakan...apabila ia telah mencuri, engkau berteriak: Pencuri! Tolong tolong...! Saya dicuri!

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaianya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?


Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.


Puteriku..
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi iseri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.

Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumah tangga ia tetap ia akan memilh wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumah tangganya dan ibu kepada putera puterinya adalah wanita yang tidak baik.

Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! Krisis perkahwinan terjadi disebabkan kealpaan wanita-wanita, sehingga para pemuda tidak mahukannya sebagai isteri. Akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami.

Ayuh wanita-wanita yang baik, kalian perlu sedar! Mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini?

Kalianlah yang lebih patut dan lebih daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita. Dan kalian lebih rapat dengan sesama mereka.

Dan justeru yang sering menjadi korban kerosakan ini adalah wanita, maka kalian para wanita mulia dan beragama, hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. Peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk daripada pergaulan bebas, penzinaan dan seribu satu penyakit yang berlarutan daripadanya.

Beritahu mereka kenyataan yang ada : Gadis-gadis remaja puteri yang cantik, akan ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitaran kalian, namun apakah kecantikan itu akan kekal? Tiada makhluk di dunia ini yang kekal. Bagaimana kelanjutannya bila kalian sudah menjadi tua nanti, dengan pinggang bongkok dan wajah kerepot? Pada waktu itu siapakah yang akan memperhatikan? Siapa yang akan simpati?

Siapakah nanti yang memerhati, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mungkin hanya anak-anak dan cucu-cucunya, waktu itulah nenek bagai seorang ratu di tengah-tengah rakyat. Namun bagaimana bisa kalian menjadi nenek yang mulia, nenek bagai ratu di kalangan anak-anak dan cucu-cucunya, kalau kalian tidak membinanya dari rumah tangga yang terhomat dan bahagia?

Dan berilah nasihat-nasihat yang baik, saya yakin kalian tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasihati saudari-saudari yang patut dikasihani dan dibimbing. Beruasahalah untuk menjadi wanita-wanita yang baik, sebagai contoh teladan kepada anak-anak gadis yang sedang remaja, agar mereka dapat menempuh jalan yang benar..                                                 bersambung...





Saturday 4 June 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak ??

 Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.




 Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

 Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

 Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

 Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

 Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Friday 3 June 2011

...~sEbuAh pErtEmuAn~...

ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
ada kalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyembuh kalbu
menyalakan obor pengharapan

tika ku kealpaan
kau bisikan bicara keinsafan
kau beri kekuatan, tika aku
di uji dengan dugaan
saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan tuhan
kau katakan rahmat-nya mengatasi segala

menitis air mataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagian
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasih-mu, oh tuhan

titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati
yang dahulu resah keliru
cintaku takkan pudar di uji dugaan
mengharum dalam harapan
moga ku kesampaian kepada tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina

syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekati-nya
tika diri dalam kebuntuan

betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mangajarku erti kenal
cinta hakiki yang abadi

tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasih-mu tuhan
yang terbias pada ketulusan

skeping hati seorang insan


bernama teman..

Thursday 2 June 2011

Woow!!!

Salam semua... (biar takder orang pun)

Ni first time kawan aku masuk pasukan blogger..Ya..bertambah lagi ahli nampaknya aku ni tolong update je...Jadi sementelah aku update Nadya ni punya blog,korang jangan segan-segan ye tekan sini...So..follow-follow lah kawan aku ni. Dia budaxx baru belajar...